Bukit Beruntung, 19 Oktober 2025 - YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin telah menyempurnakan perasmian dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan MAKSAK Selangor Amatur Open 2025.
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Zahri Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya merangkap Pengerusi Kejohanan Golf MAKSAK Selangor Amatuer Open 2025, YBhg. Dato’ Zulkifli Dato’ Ismail, Setiausaha Kehormat Persatuan Golf Malaysia, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, YDP Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan En. Mohamad Saiful Azri bin Mohd Fouzi, Setiausaha Kehormat MAKSAK Selangor.
Pemain Golf Amatur Andrew Yap telah meraih kejuaraan bagi Kategori Lelaki dengan mencatatkan jumlah pukulan sebanyak 215 manakala Puteri Natasha dari Kategori Wanita menang dengan pukulan sebanyak 217 untuk tiga hari.
Kejohanan ini bermula pada 16 Oktober 2025 dan berakhir pada 18 Oktober 2025 di Bukit Beruntung Golf and Country Resort.
Kejohanan ini adalah sebahagian daripada program pembangunan sukan golf yang digagaskan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi melahirkan bakat dan pemain professional di Malaysia.