Kembara Masjid Selangor (Kemas) 2025 Daerah Hulu Selangor

KEMBARA MASJID SELANGOR (KEMAS) 2025 DAERAH HULU SELANGOR

12 MAC 2025 (RABU)

Kembara Masjid Selangor (KeMaS) 2025 Daerah Hulu Selangor merupakan program YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi. Program KeMaS di Masjid Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor bermula dengan sahur dan solat subuh yang dipimpin oleh Ustaz Haji Alwi bin Kamus. Seusai solat, majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas yang mengingatkan tentang kepentingan bersedekah dan berkongsi rezeki dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini.

YB EXCO turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dan 50 golongan asnaf bagi meringankan beban mereka menjelang Syawal. Masjid Kampung Melayu Rasa turut menerima sumbangan bernilai RM5,000 bagi tujuan penyelenggaraan dan keperluan operasi masjid, agar ia terus menjadi pusat ibadah yang selesa untuk masyarakat setempat. Dalam ucapan beliau, YB EXCO menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam membantu membaik pulih masjid-masjid di Selangor, namun menekankan bahawa proses tersebut perlu melalui prosedur tertentu dan tidak dapat dilaksanakan secara serentak. Semoga program ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk terus menyebarkan kebaikan dan berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.

Turut hadir ke program ialah Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPHS, Encik Kamaruzzaman bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPHS dan Encik Mohamad Ramdan bin Ibrahim, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat MPHS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00955906