Pembersihan dan Penutupan Tapak Tong Sampah Berpusat di Taman Desa Merpati dan Taman Musabika, Kalumpang

PEMBERSIHAN DAN PENUTUPAN TAPAK TONG SAMPAH BERPUSAT DI TAMAN DESA MERPATI DAN TAMAN MUSABIKA, KALUMPANG

Kalumpang, 10 Mac 2025 - Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) dan KDEB Waste Management telah berjaya melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta menutup tapak tong sampah berpusat di Taman Desa Merpati dan Taman Musabika, Kalumpang. Tapak-tapak ini sering dijadikan tempat longgokkan sampah pukal yang banyak dan kejadian tong dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab pernah berlaku.

Berdasarkan UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDHS) 2007, setiap unit kediaman perlu menyediakan tong sampah berpenutup sendiri dengan kapasiti sekurang-kurangnya 120 liter, manakala premis perniagaan komersial perlu menyediakan tong berkapasiti minimum 240 liter. Tong sampah hendaklah diletakkan di hadapan premis bagi memudahkan kerja-kerja kutipan dilaksanakan.

Penduduk dan pemilik premis diingatkan bahawa ketiadaan tong sampah yang sesuai boleh menyebabkan pemilik/penyewa dikenakan tindakan kompaun tidak melebihi RM1,000.

Penutupan tapak tong sampah berpusat ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengurusan sisa dan menjaga kebersihan di kawasan komuniti kita.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00955906