19 Disember 2025 bersamaan 27 Jamadilakhir - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Bulanan Warga Kerja MPHS telah berlangsung pada pagi ini dengan lancar dan penuh penghayatan. Majlis yang diadakan secara berkala setiap bulan ini telah dipimpin oleh Saudara Ahmad Amiruddin Solehih bin Muhammad dari Jabatan Kejuruteraan serta disertai oleh warga kerja MPHS.
Turut hadir Encik Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Encik Md Rizal bin Mohd Sofian @ Abd Karim, Pengarah Jabatan Bangunan, Encik Amlie bin Ismail, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta wakil-wakil jabatan MPHS. Semoga penganjuran majlis ini dapat diteruskan untuk memperkukuhkan nilai kerohanian, kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan warga kerja MPHS.
















