PERBINCANGAN MENGENAI ISU-ISU PERBANDARAN DAN OPERASI YANG DIJALANKAN OLEH MAJLIS DAERAH RAUB DI KAWASAN BUKIT FRASER DI ANTARA MAJLIS DAERAH RAUB DAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
Kuala Kubu Bharu, 3 Mac 2025: Majlis Daerah Raub telah mengadakan satu sesi perbincangan Bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi membincangan isu-isu perbandaran dan operasi yang dijalankan oleh Majlis Daerah Raub di kawasan Bukit Fraser di antara Majlis Daerah Raub dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Delegasi dari Majlis Daerah Raub diketuai oleh YBhg. Dato' Mohd Khuzaidi bin Harun, Yang Dipertua MD Raub, turut hadir bersama En. Mohd Farid bin Abdul Manap, Setiausaha MD Raub bersama pegawai-pegawai dari MD Raub.
Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin. Taklimat berkenaan perbincangan isu-isu perbandaran telah disampaikan oleh TPr. Mohd Adli bin Sulaiman, Pegawai Perancang MD Raub.
Turut hadir bersama Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS, Pengarah Jabatan dan Ketua Bahagian MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon