Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed)

Hulu Selangor, 1 Mac: Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) diadakan di Dewan Komuniti Batang Kali pagi ini. Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Tuan Papparaidu A/L Veraman, EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor. Turut hadir, YB Puan Pang Sock Tao, Adun Kuala Kubu Bharu, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Tuan Shaifudin Shafi, Penyelaras Dun Batang Kali, Ahli Ahli Majlis MPHS.

EXCO pembasmi kemiskinan berkata, program ini diteruskan tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM1 juta dan agihan mengikut daerah itu akan bermula Jun depan dengan menyasarkan sehingga 250 penerima layak.

Terdahulu, YB Exco telah menyerahkan bantuan kepada 25 penerima bantuan I-SEED 2024 membabitkan peruntukan berjumlah RM150,000.

Permohonan baharu I-Seed dibuka pada Februari, terbuka untuk rakyat Selangor dengan pendapatan tidak lebih RM3,000 dan perniagaan mesti beroperasi di Selangor.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00956116