Program Jom Bersihkan Pekan KKB anjuran Pejabat DUN KKB

PROGRAM JOM BERSIHKAN PEKAN KUALA KUBU BHARU

KUALA KUBU BHARU, 1 MAC 2025: Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin meluangkan masa menghadiri Program Jom Bersihkan Pekan KKB anjuran Pejabat DUN KKB dengan kerjasama Ahli Majlis Zon 8 MPHS bertempat di Lorong Seni, Kuala Kubu Bharu pagi tadi.

Majlis yang dirasmikan oleh ADUN KKB, YB Puan Pang Sock Tao ini diadakan bertujuan untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan premis yang berada di pekan KKB mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Selain daripada aktiviti gotong-royong, terdapat juga aktiviti pameran informasi alam sekitar, adopsi kucing dan kuiz.

Pelbagai agensi dan jabatan turut serta dalam menjayakan program ini antaranya Jabatan Bangunan MPHS, Jabatan Landskap MPHS, Jabatan Penguatkuasaan MPHS, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) , Kolej Komuniti Hulu Selangor, Global Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Kuala Kubu Bharu, Polis Diraja Malaysia serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) KKB.

MPHS berharap semua pemilik premis akan memberi kerjasama dalam memastikan kebersihan dan keindahan persekitaran Pekan Kuala Kubu Bharu. Diharapkan dengan adanya program ini, pekan KKB akan terus menjadi tempat yang lebih selamat, bersih, dan selesa didiami oleh semua.

Turut hadir Puan Saripah Bakar, Ahli Majlis Kawasan Zon 8, Mohd Shahril Ramli, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan juga pemilik premis.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00956055