Selangor International Business Summit (SIBS) 2025

MAJLIS PERASMIAN SIDANG KEMUNCAK '9TH SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT (SIBS) 2025'

8 Oktober 2025, Kuala Lumpur - Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menyertai 'Selangor International Business Summit (SIBS) 2025' yang berlangsung selama empat hari bermula 8 hingga 12 Oktober 2025 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Majlis perasmian pembukaan telah diperkenankan oleh D.Y.T.M Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Turut bersama adalah YAB Dato' Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor serta YB Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor.

Hadir pada majlis tersebut Ybrs. Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Perancang Bandar serta para pegawai MPHS.

Bersempena persidangan ini MPHS turut menyertai reruai pameran dalam Selangor Smart City & Digital Economy Convention (SDEC) dan Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK) untuk berkongsi info dan menarik pelaburan ke Daerah Hulu Selangor. Puan Yang Dipertua juga turut melawat reruai yang terdapat diprogram ini.

Penyertaan MPHS di dalam platform ini menunjukkan komitmen dalam menyokong Selangor sebagai destinasi pelaburan di peringkat Asean.

#SIBS2025 #SPARK2025 #SDEC2025

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Kemaskini Terkini : Isnin 13 Oktober 2025, 02:03:59.
Jumlah Pelawat :
01088254

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015