Kenyataan Akhbar - Pendirian D.Y.M.M. Sultan Selangor Berhubung Kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri Berkenaan Dengan Isu Penternakan Babi Di Negeri Selangor (10 Februari 2026)

10 Februari 2026 ~

KENYATAAN AKHBAR

PENDIRIAN D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR BERHUBUNG KENYATAAN Y.A.B. PERDANA MENTERI BERKENAAN DENGAN ISU PENTERNAKAN BABI DI NEGERI SELANGOR

  • D.Y.M.M. Sultan Selangor menyambut baik kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri tersebut. Baginda menegaskan bahawa Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor. Ini adalah kerana penternakan babi ini boleh menyebabkan pencemaran udara dengan mengeluarkan bau yang busuk serta boleh mencemarkan sumber air sungai akibat pelepasan najis dan sisa kumbahan babi.
  • Baginda menyarankan agar pihak kerajaan dapat memberi lesen untuk pengimportan daging babi bagi menampung permintaan dan keperluan orang bukan Islam khususnya kaum Cina di Negeri Selangor sahaja.
  • Baginda menegaskan agar isu penternakan babi ini dapat dihentikan dan dimuktamadkan kerana ia menimbulkan keresahan kepada semua pihak dan menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat.

Rujuk Kenyataan Akhbar yang dilampirkan untuk kenyataan penuh.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Februari 2026, 07:36:09.
Jumlah Pelawat :
01191722

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015