Gigitan Anjing? Jangan Ambil Mudah

GIGITAN ANJING? JANGAN AMBIL MUDAH

Susulan kes rabies yang disahkan di daerah Kubang Pasu, Kedah pada September 2026, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ingin mengingatkan seluruh penduduk agar sentiasa berwaspada terhadap risiko rabies, khususnya melibatkan gigitan atau cakaran anjing. Rabies merupakan penyakit serius yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat tindakan dan rawatan segera.
Sekiranya digigit atau dicakar anjing, segera cuci dan bilas luka menggunakan sabun serta air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit, kemudian dapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik atau hospital dengan segera. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri atau mengendalikan anjing liar yang agresif atau mencurigakan. Jangan tunggu sehingga gejala muncul – tindakan awal amat penting.

MPHS menyeru seluruh penduduk Hulu Selangor agar bersama-sama meningkatkan kesedaran dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 13 Oktober 2026, 07:43:37.
Jumlah Pelawat :
01387708

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015