HEBAHAN PENGIBARAN BENDERA NEGERI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM SULTAN SELANGOR TAHUN 2026
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyeru seluruh agensi kerajaan, pemilik premis kilang dan pusat perniagaan, Jawatankuasa Penduduk (JKP) serta seluruh penduduk Daerah Hulu Selangor agar bersama-sama mengibarkan Bendera Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Tahun 2026.
Pengibaran bendera ini merupakan tanda penghormatan dan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, di samping menyemarakkan semangat perpaduan, kecintaan serta kebanggaan terhadap institusi Diraja dan Negeri Selangor.
Sehubungan itu, semua pihak digalakkan mengibarkan Bendera Negeri Selangor di bangunan kerajaan, premis perniagaan, kuarters, sekolah dan tempat-tempat ibadat sepanjang tempoh sambutan sehingga 1 November 2026.
Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan bersejarah ini sebagai tanda kesetiaan dan kebersamaan seluruh rakyat terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

















