Dimaklumkan bahawa satu kursus profesional akan dianjurkan seperti ketetapan berikut:
Kursus ini akan diadakan di Scapes Hotel, Jalan Jaya Permai, 44300 Genting Highlands, Pahang selama tiga (3) hari dua (2) malam.
Pelaksanaan kursus merangkumi sesi kelas teori yang dikendalikan oleh pelatih bertauliah CIDB. Peserta yang mengikuti kursus ini akan memperoleh sebanyak 20 mata CCD CIDB, sekaligus melayakkan penambahan mata kredit bagi keperluan pendaftaran CIDB.
Selain itu, bagi peserta yang merupakan ahli ILAM, kursus ini turut menawarkan mata tambahan CPD sebanyak 4.0.
Sepanjang tempoh kursus, kemudahan penginapan dan makan minum disediakan kepada semua peserta.
Sehubungan itu, pihak tuan/puan adalah dipelawa untuk menyertai kursus ini bagi meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesional dalam bidang berkaitan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
• Puan Izzan Sakinah binti Mohd Ishak
• Encik Muhamad Hafiz bin Jamaludin
di talian 03-6064 1726
Pengumuman
Kursus Pemantapan Kemahiran Penyelenggaraan Landskap dibuka kepada Kontraktor dan Perunding yang Berminat Anjuran MPHS 2026
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg
T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
- Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01225573
















