NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMPENA FESTIVAL MAKANAN WARISAN NEGERI SELANGOR 2026
Dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat sempena penganjuran Festival Makanan Warisan Negeri Selangor 2026 yang akan berlangsung di Dataran Warisan, Kuala Kubu Bharu pada 28 November 2026 (Sabtu).
Penutupan melibatkan jalan-jalan berikut:
JALAN TERLIBAT:
1. Jalan Merdeka
2. Jalan Mat Kilau
3. Jalan Abdul Hamid
PENUTUPAN DENGAN KAWALAN
Tarikh: 24 November 2026 (Selasa), bermula jam 1.00 pagi hingga 28 November 2026 (Sabtu), jam 12.00 tengah malam.
PENUTUPAN PENUH
Tarikh: 26 November 2026 (Khamis), bermula jam 1.00 pagi hingga 28 November 2026 (Sabtu), jam 12.00 tengah malam.
PERHATIAN KEPADA PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN
Semua pemilik premis perniagaan di sepanjang jalan yang terlibat dimohon mengosongkan ruang parkir kenderaan bagi melancarkan urusan penutupan jalan.
Untuk makluman, semua premis perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan jalan.
Pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif yang disediakan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.
Pihak Majlis memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kerjasama semua pihak.
Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan pelan penutupan jalan.
Terima kasih atas kerjasama anda.

















