Kerajaan Negeri mengambil langkah segera melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor untuk membantu rakyat menghadapi tekanan semasa. Bermula Jun ini, pelbagai usaha akan digerakkan termasuk bantuan makanan, baucar keperluan asas, subsidi pengangkutan awam, bantuan sarapan sekolah dan sokongan kepada sektor pertanian.
Peruntukan Fasa 1 berjumlah RM 131 juta akan segera digerakkan bagi membantu rakyat Negeri Selangor.



















