PELAWAAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
Jom anjurkan acara pelancongan, sukan dan rekreasi di Hulu Selangor!
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mempelawa pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan, institusi pendidikan, komuniti serta pihak berkepentingan untuk mengemukakan cadangan penganjuran acara melalui Pelawaan Kerjasama Strategik bagi Penganjuran Acara Pelancongan, Sukan dan Rekreasi.
ANTARA KATEGORI ACARA YANG DIALU-ALUKAN:
- Pelancongan – Festival, budaya, warisan dan ekopelancongan.
- Sukan – Larian, kayuhan, sukan air dan karnival sukan.
- Rekreasi – Aktiviti luar, perkhemahan, kembara dan rekreasi komuniti.
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh promosi Hulu Selangor sebagai destinasi pilihan, merancakkan ekonomi setempat serta memperluas penglibatan komuniti melalui kerjasama strategik.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 23 NOVEMBER 2026 (ISNIN)
Maklumat lanjut, syarat pelawaan dan panduan permohonan di sini.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi rakan strategik MPHS dalam menjayakan acara yang memberi manfaat kepada komuniti dan pembangunan pelancongan Hulu Selangor.
Ada idea acara yang menarik? Jom kemukakan cadangan anda!