PEMBERITAHUAN PEMBAHARUAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN TAHUN 2027
Dimaklumkan kepada semua pemilik lesen premis perniagaan di bawah Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), pembaharuan lesen bagi tahun 2027 akan dibuka mulai:
Tarikh: 1 Oktober 2026 hingga 31 Disember 2026
Pembaharuan lesen perniagaan boleh dibuat secara atas talian (online) dipautan https://beacons.ai/pelesenanmphs atau di Kaunter Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan, MPHS.
Sila bawa/muat naik dokumen yang diperlukan seperti:
- Lesen Perniagaan (asal) MPHS tahun 2026
- Gambar premis terkini (beserta timestamp)
- Sijil Suntikan Typhoid (untuk premis/penjaja makanan)
- Salinan bayaran permit sementara bangunan/binaan (jika ada)
- Surat lantikan kontraktor sisa pepejal
Penting: Lesen yang tidak diperbaharui selepas 31 Disember 2026 akan dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan MPHS di talian: 03-6064 1331 samb. 131/159/160.

















