Pengumuman Rasmi: Peralihan Sistem Kutipan Sampah Domestik di Daerah Hulu Selangor

PENGUMUMAN RASMI: PERALIHAN SISTEM KUTIPAN SAMPAH DOMESTIK DI DAERAH HULU SELANGOR

Sila ambil perhatian, seluruh warga Hulu Selangor.

Bermula *1 Julai 2026*, sistem kutipan sampah domestik di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) akan dinaik taraf sepenuhnya kepada Sistem Kutipan Dari Pintu ke Pintu (Door-to-Door).

Perubahan Utama Yang Perlu Diketahui:

1. Penutupan Tapak Tong Berpusat: Penggunaan tong sampah berpusat (Leach Bin) akan dihentikan dan struktur tersebut akan ditarik balik secara berperingkat.

2. Kutipan Terus ke Premis: Pihak kontraktor KDEB akan membuat kutipan sisa domestik terus dari hadapan rumah atau premis anda mengikut jadual yang ditetapkan.

Tanggungjawab & Tindakan Setiap Isi Rumah / Pemilik Premis:

Bagi memastikan kelancaran sistem baharu ini, setiap penduduk diwajibkan untuk:

1. Sediakan Tong Sampah Standard: Sediakan tong sampah bertutup sendiri di hadapan premis dengan kapasiti minimum 120 Liter.

2. Identiti Tong: Tuliskan nombor rumah atau nombor lot premis anda pada tong sampah tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

3. Pengurusan Sisa: Pastikan semua sampah domestik dimasukkan ke dalam plastik sampah dan diikat dengan kemas sebelum dibuang ke dalam tong.

4. Sentiasa Bertutup: Pastikan penutup tong sampah sentiasa ditutup rapat bagi mengelakkan gangguan haiwan terbiar dan limpahan air hujan.

Perhatian & Tindakan Penguatkuasaan:

Kontraktor kutipan berhak untuk tidak mengutip sampah yang bertaburan, tidak diikat dengan kemas, atau sisa yang diletakkan di luar tong sampah yang sepatutnya.

Mana-mana pemilik premis yang gagal menyediakan tong sampah atau didapati membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000 di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDHS) 2007.

Kerjasama dan kesedaran daripada seluruh warga Hulu Selangor amatlah dihargai demi mewujudkan persekitaran daerah yang lebih bersih, sihat, hijau, dan ceria.

“Kearah Hulu Selangor Maju, Sejahtera dan Lestari” 

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

#KDEBWM

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 10 Julai 2026, 09:50:16.
Jumlah Pelawat :
01279614

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015