Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan sungai, air terjun, kawasan rekreasi air serta lokasi berisiko berlakunya fenomena kepala air sepanjang Monsun Timur Laut.
Fenomena kepala air boleh berlaku secara tiba-tiba akibat hujan lebat berterusan di kawasan hulu sungai. Arus deras dan peningkatan paras air secara mendadak boleh mengancam nyawa tanpa sebarang amaran awal yang jelas.
Orang ramai diingatkan supaya:
Orang ramai diingatkan supaya:
- Mengelakkan aktiviti mandi-manda, berkelah dan rekreasi di kawasan sungai serta air terjun ketika cuaca tidak menentu.
- Segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat sekiranya terdapat tanda-tanda kepala air.
- Tidak cuba merentasi sungai atau menghampiri aliran air yang deras.
- Sentiasa mematuhi arahan dan nasihat pihak berkuasa.
Sekiranya berlaku kecemasan, hubungi talian 999.

















