SELANGOR 2026: SUKMA XXII & PARA SUKMA
Dengan penuh bangga dimaklumkan bahawa Hulu Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara Bola Sepak Wanita sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
- Lokasi: Stadium Kuala Kubu Bharu
- Tarikh: 15 – 24 Ogos 2026
Pemilihan ini bukan sekadar satu penghormatan, tetapi juga peluang untuk kita sebagai warga Hulu Selangor menunjukkan semangat kesukanan, perpaduan dan sokongan kepada atlet-atlet terbaik negara.
Semua dijemput hadir untuk bersama-sama menyemarakkan suasana kejohanan dan memberi sokongan padu kepada pasukan yang bertanding.
Ayuh kita turun padang, penuhkan stadium dan buktikan bahawa Hulu Selangor mampu menjadi tuan rumah yang terbaik!
Bersama Kita Meriahkan SUKMA 2026 di Hulu Selangor!
#SUKMA2026 #ParaSUKMA #HuluSelangor #Selangor2026 #SukanMalaysia #KitaTuanRumah #SupportLocalAthletes
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















