TAWARAN PEMBANGUNAN STESEN MINYAK
Dimaklumkan bahawa tawaran adalah dibuka kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk membangunkan stesen minyak di atas tanah milik Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang terletak di Persiaran Kemboja, Bukit Beruntung.
Sehubungan itu, syarikat yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan kertas cadangan kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPHS. Kertas cadangan hendaklah mengandungi perkara-perkara berkaitan pembangunan yang dicadangkan dan dikemukakan selewat-lewatnya pada 29 Mei 2026.
Lokasi tapak cadangan boleh dirujuk melalui pautan ini.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPHS di talian 03-6064 1331 (sambungan 144).

















