Dua Kilang Makanan Diarah Tutup

2 KILANG MAKANAN DIARAH TUTUP

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah melaksanakan pemeriksaan kilang makanan secara bersepadu di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit beruntung pada 15 Jun 2023.

Seramai 23 anggota operasi yang terlibat di dalam operasi tersebut yang terdiri daripada 11 orang kakitangan MPHS, 5 orang JKN dan 7 orang kakitangan PKD Hulu Selangor. Di dalam operasi tersebut, sebanyak 2 buah kilang telah diperiksa iaitu kilang menghasilkan tauhu telur dan Kilang Mee Yee.

Hasil pemeriksaan mendapati, premis berada dalam keadaan kotor, tiada penyegaraan dan kawalan kebersihan. Selain itu, terdapat juga hurungan serangga perosak dan penyimpanan yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan. Premis juga mengalirkan cacair hasil dari kilang kedalam longkang awam dan menyebabkan longkang awam tersumbat dan berbau busuk.

Pihak PKDHS telah mengarahkan kedua-dua kilang ditutup kerana dibawah standard kebersihan, iaitu mendapat markah kebersihan bawah 60%. Sebanyak 7 notis Seksyen 32B telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM15,500 kepada pemilik kerana telah melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Pihak majlis juga turut mengeluarkan sebanyak 11 kompoun terhadap kedua-dua kilang berkenaan meliputi kesalahan tidak mengadakan kawalan serangga perosak, membuang enfluen ke dalam longkang awam, keadaan premis yang kotor, penyusunan stor penyimpanan dan penyediaan makanan yang tidak mengikut peraturan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan.

Sebagai organisasi yang prihatin terhadap kepentingan orang ramai, pihak Majlis sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dan kesihatan orang awam. Juteru, operasi ini dijalankan untuk memastikan premis-premis menjalankan perniagaan makanan mempunyai lesen serta mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan bagi memastikan kualiti makanan yang dihasilkan dan dijual kepada orang awam selamat.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 14 Jun 2024, 23:40:09.
Jumlah Pelawat :
00771080

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015