Lawatan Kerja dan Perkongsian Ilmu Majlis Perbandaran Ampang Jaya ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Lawatan Kerja dan Perkongsian Ilmu Majlis Perbandaran Ampang Jaya ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor
Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima kunjungan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 9 Februari 2023. Tujuan utama lawatan ini diadakan untuk mempelajari dan berkongsi amalan terbaik pengurusan kewangan dan cukai taksiran.
Delegasi dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya diketuai oleh Puan Julaihah Binti Jamaludin, Setiausaha MPAJ bersama Ahli Majlis, Pengarah, Wakil Jabatan dan Bahagian dalaman MPAJ. Delegasi telah disambut oleh Tuan Awaluddin Bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS dan En. Shaiful Rizza Bin Hj Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPHS.
Perkongsian ilmu berkaitan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan dan Cukai Taksiran telah disampaikan oleh Encik Shaiful Rizza Bin Hj Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan. Turut serta Pengarah dan Ketua Bahagian MPHS.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 16 Julai 2024, 05:37:39.
Jumlah Pelawat :
00795278

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015