MPHS Serah RM 32,805.00 Hasil Manfaat Tabung Endowmen kepada SK Sungai Choh dan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor

MPHS SERAH RM 32,805.00 HASIL MANFAAT TABUNG ENDOWMEN KEPADA SK SUNGAI CHOH DAN SEKOLAH – SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Siaran Langsung Sembang Sahur bersama TV3 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sg. Choh, Rawang pada 29 dan 30 Mac 2023. Penglibatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor di dalam program berkenaan adalah bagi memperkenal dan menyampaikan manfaat Tabung Endowmen MPHS kepada masyarakat setempat secara siaran langsung melalui rancangan bual bicara tersebut.

Sumbangan yang dilaksanakan oleh Tabung Endowmen MPHS ialah bagi membiayai yuran PIBG ke atas keluarga pelajar yang kurang berkemampuan. Matlamat penubuhan tabung ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG). MPHS memfokuskan 3 komponen di dalam SDG iaitu SDG 1 : Tiada kemiskinan, SDG 2 : Kelaparan Sifar dan SDG 4 : Pendidikan Berkualiti.

Sejumlah RM 3,500.00 yuran PIBG telah disumbang kepada PIBG SK. Sg. Choh pada program berkenaan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS kepada Encik Mohd Hafiz bin Maarof, YDP PIBG SK.Sg. Choh.

Secara keseluruhan, 18 buah sekolah yang melibatkan 1, 236 orang pelajar sekitar Hulu Selangor yang akan menerima manfaat pembiayaan yuran PIBG berjumlah RM 32,805.00 yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, agama serta terdiri daripada pelbagai sekolah.

Turut hadir YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) merangkap selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Endowmen MPHS, Guru Besar SK Sungai Choh Puan Rosmahwati Safwan, Encik Muhammad Syafiq Zazali Ahli Majlis Kawasan Sg. Choh, Ahli Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MPHS.

Tabung ini menerima dana melalui sumbangan dari pelanggan MPHS (pembayar cukai), orang awam, syarikat & badan-badan korporat, potongan gaji pekerja MPHS dan MPHS sendiri. Orang awam yang ingin menyumbang ke dalam tabung ini boleh disalurkan ke akaun Tabung Endowmen : 111000937057 (Bank Rakyat).

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 25 Jun 2024, 04:47:52.
Jumlah Pelawat :
00777722

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015