Operasi Bersepadu di Kawasan Tapak Projek Pembinaan Laluan East Cost Rail Link (ECRL)

OPERASI BERSEPADU SUSULAN NOTIS HENTI KERJA (SWO) BERKAITAN AKTIVITI KERJA TANAH TANPA KELULUSAN MELIBATKAN PROJEK ECRL DI KAWASAN SERENDAH

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan operasi bersepadu di kawasan tapak projek pembinaan laluan East Cost Rail Link (ECRL) yang didapati melakukan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran pihak MPHS berhampiran Desa Anggerik dan Desa Melor, Serendah pada 18 Mei 2023.

Operasi yang bermula jam 10.15 pagi ini telah disertai seramai 37 anggota yang terdiri daripada beberapa jabatan dalaman Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Serendah.

Semasa tiba di lokasi, anggota operasi mendapati kerja-kerja masih lagi diteruskan walaupun Notis Henti Kerja (SWO) untuk memberhentikan segala aktiviti di kedua-dua tapak berkenaan telah dikeluarkan dan diserahkan kepada pengusaha tapak projek ECRL pada 8 dan 10 Mei yang lalu.

Antara aktiviti yang dilakukan di tapak adalah seperti mengorek , memotong tanah, membina bangunan tapak perkhemahan pekerja baru dan pembinaan muka terowong exit Serendah di kawasan belakang Desa Anggerik.

Bagi memastikan tiada lagi kerja-kerja tanah dilakukan di lokasi berkenaan, pihak majlis telah memasang pita kuning di laluan utama ke tapak pembinaan sehingga pihak Syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak majlis.

Selain itu , sebanyak 11 unit jentera/kenderaan telah disita oleh Majlis dalam operasi tersebut.Tindakan telah diambil tertakluk di bawah seksyen 70(A)(1) dan seksyen 70(A)(11), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana pihak syarikat telah melaksanakan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran dan gagal mematuhi arahan MPHS untuk menghentikan kerja-kerja tanah di kedua-dua kawasan berkenaan.

Operasi ini juga adalah susulan daripada aduan yang diterima MPHS penduduk sekitar tapak pembinaan yang terkesan dengan aktiviti pembinaan berikutan dari keluar masuk lori dan jentera yang menyebabkan kacau ganggu kepada aktiviti harian penduduk.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 16 Julai 2024, 05:37:39.
Jumlah Pelawat :
00795258

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015