162.20KG SISA BERJAYA DIKUMPUL MELALUI PROGRAM JOM BERSIH HULU SELANGOR @ PLOGGING SUNGAI ALOR LEMPAH
AMPANG PECAH, 23 Ogos 2026 – Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Plogging Sungai Alor Lempah bersama rakan strategik, Sustainable Solution dengan kerjasama Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA MPHS yang dijalankan di salah satu kawasan rekreasi tumpuan di Hulu Selangor iaitu Sungai Alor Lempah, telah berjaya mengumpul sebanyak 162.20 kilogram sisa.
Sisa yang berjaya dikumpul termasuk bahan logam seperti besi dan aluminium, polisterin, bungkusan makanan, botol plastik dan botol kaca, plastik sekali guna, sisa lengai, sisa binaan, putung rokok, lampin bayi, fabrik dan pakaian serta sisa campur. Kesemua sisa ini diasingkan terlebih dahulu kemudian ditimbang di akhir acara, di mana hasil kutipan ini direkodkan sebagai sebahagian daripada usaha memantau jumlah sampah yang berjaya dikurangkan di sekitar kawasan ini.
Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda kelestarian alam sekitar, malah memenuhi keperluan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 12 ( Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab), SDG 14 (Kehidupan di Bawah Air), dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyeru supaya para pengunjung agar lebih bertanggungjawab dengan mengamalkan budaya "Bawa Pulang Sampah Anda". Kesedaran dan keperihatinan bersama amat penting bagi memastikan kebersihan dan keindahan alam sekitar sentiasa terpelihara.