Bengkel Penyediaan Dokumentasi bagi Pertandingan Piala Inovasi MALA 2026–2027

BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMENTASI BAGI PERTANDINGAN INOVASI MALA 2026–2027

KUALA KUBU BHARU, 21 September 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumentasi bagi Pertandingan Piala Inovasi YB Menteri KPKT anjuran Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) bagi sesi 2026–2027.
Bengkel ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam menyediakan dokumentasi inovasi yang sistematik, lengkap dan berkualiti, di samping memastikan hasil inovasi dapat didokumentasikan dan dipersembahkan dengan lebih berkesan.
Bagi menjayakan sesi perkongsian ilmu ini, En. Hussein Ariff daripada MACRI telah dijemput sebagai penceramah untuk berkongsi panduan, pengalaman serta pengetahuan berkaitan penyediaan dokumentasi dan pembentangan inovasi.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat membantu peserta memperkemaskan dokumentasi inovasi masing-masing serta meningkatkan kesiapsiagaan MPHS dalam menyertai Pertandingan Inovasi MALA 2026–2027.
Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga MPHS serta memperkukuh komitmen Majlis dalam menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada organisasi dan masyarakat.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 22 September 2026, 03:59:50.
Jumlah Pelawat :
01372204

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015