Geran Khas Komuniti Mampan 5.0 (G-KoM) MPHS tahun 2026

37 KOMUNITI TERIMA GERAN KHAS KOMUNITI MAMPAN 5.0 (G-KoM) MPHS TAHUN 2026 UNTUK REALISASIKAN PROJEK MAMPAN SETEMPAT
 
18 September 2026, Kuala Kubu Bharu - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Geran Khas Komuniti Mampan 5.0 (G-KoM5.0) Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu.
Majlis telah disempurkan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Turut hadir pada majlis tersebut YBrs. Superintendent Manimaran a/l Muniandi, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, YBrs. Puan Saripah binti Bakar, Ketua Whip merangkap Ahli Majlis Zon Kuala Kubu Bharu, YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS dan YBrs. TPr Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS.
Hadir sama pada majlis tersebut Ahli-Ahli Majlis; Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan Daerah Hulu Selangor, Pengarah Jabatan dan Ketua Bahagian MPHS serta para penerima G-KoM5.0.
Program Geran Khas Komuniti Mampan (G-KoM) MPHS telah memasuki Tahun Ke 5 penganjurannya. G-KoM MPHS merupakan inisiatif MPHS sejak Tahun 2022 melalui penyaluran dana pemula kepada komuniti dan institusi bagi melaksanakan projek berskala kecil yang memberi impak secara langsung kepada masyarakat dan persekitaran setempat. Pelaksanaannya berteraskan pendekatan bottom-up, dengan memberi ruang kepada komuniti mengenal pasti keperluan setempat serta membangunkan penyelesaian yang bersesuaian selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Pada majlis tersebut, sebanyak 37 penerima telah menerima geran yang terdiri daripada 14 penerima kategori komuniti setempat dan 23 penerima kategori Institusi Komuniti & Pembangunan Insan. Jumlah keseluruhan geran yang disalurkan adalah sebanyak RM 120,000.00 dengan jumlah antara RM 1,800.00 sehingga RM 5,000.00.
Antara cadangan projek yang diluluskan adalah Kebun Komuniti, Pemasangan CCTV, Pemasangan Lampu Solar, Penukaran Lampu LED, Pemasangan Tangki SPAH, Kitar Semula, inisiatif cekap air serta program sosial dan kesihatan.
Pada majlis yang sama, MPHS turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor, lima (5) buah sekolah menengah serta 10 orang pelajar sebagai tanda penghargaan atas komitmen, sokongan dan penglibatan dalam menjayakan penyertaan delegasi Hulu Selangor ke Petaling Jaya International Youth Leadership Camp (PJIYLC) 2026.
Penyampaian sijil ini merupakan pengiktirafan MPHS terhadap kerjasama pihak PPD, sekolah dan para pelajar yang telah membawa nama Hulu Selangor dalam program pembangunan kepimpinan belia serta jaringan antarabangsa tersebut.
MPHS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima G-KoM 5.0 Tahun 2026 dan berharap agar geran yang disalurkan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi merealisasikan projek yang dirancang serta memberi impak positif dan berterusan kepada komuniti setempat.
Semoga pelaksanaan projek-projek ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkasa komuniti serta menyumbang kepada pembangunan Hulu Selangor yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 21 September 2026, 03:51:35.
Jumlah Pelawat :
01371360

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015