Kontinjen MPHS Menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Selangor 2026/ 1448H

Kontinjen MPHS Menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Selangor 2026/ 1448H.

Kuala Kubu Bharu. 4 September 2026, Jumaat. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Selangor 2026/ 1448H bermula dengan perarakan dari Stadium MPHS ke Dewan Serbaguna Komplek Sukan seawal jam 7.30 pagi.

Kontinjen MPHS telah diketuai oleh Encik Abdullah Shahrul bin Rosli, Ketua Unit Integriti MPHS bersama 25 orang kakitangan MPHS

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yuhanas Auree bin Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor. Turut hadir YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua, YBrs. Tuan Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Khidmat Pengurusan serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor.

Semoga sambutan Maulidul Rasul ini terus menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menjadi inspirasi kepada kita semua untuk meneladani akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"
 
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 04 September 2026, 07:57:44.
Jumlah Pelawat :
01357234

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015