KUNJUNGAN HORMAT JURUTERA DAERAH JPS HULU SELANGOR
Kuala Kubu Bharu, 10 Julai 2026 - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), YBrs.Puan Julaihah binti Jamaludin telah menerima kunjungan hormat daripada Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Selangor, Tuan Ahmad Ikhwan bin Abdul Wahid yang baharu.
Kunjungan ini menjadi platform mengeratkan hubungan strategik antara MPHS dan JPS Hulu Selangor, di samping memperkukuh kerjasama dalam usaha mempertingkat pengurusan saliran, mitigasi banjir serta pembangunan mampan demi kesejahteraan masyarakat Hulu Selangor.
Turut hadir, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS dan Puan Sharifah binti Atan, Pengarah Jabatan Kejuruteraan.
















