Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Strata 'C-SMART' MPHS 2026

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BANGUNAN STRATA 'C-SMART' MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2026
Putrajaya, 26 September 2026 - Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Strata 'C-SMART' MPHS 2026.
Kursus ini dihadiri 60 oleh orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota Jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC/Ejen dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Ahli-Ahli Majlis MPHS, kakitangan Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) dan kakitangan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan lebih pemahaman dan penjelasan kepada anggota-anggota Jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC/Ejen Pengurusan berkaitan tatacara pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan penyenggaraan dan pematuhan perundangan ( penguatkuasaan ).
Kursus telah dilaksanakan dengan sesi ceramah dan taklimat daripada:
i. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
- Taklimat Badan Pengurusan JMB/MC ke arah Pengurusan yang Effisien oleh Dr. Norhanizan bin Sahib, Penolong Pengarah Kanan, Unit Komuniti Strata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
ii. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
- Pengenalan Sistem eStrata KPKT oleh Ir. Ts. Nor Azizah binti Mohammed Rum, Jurutera Kanan, Unit Teknikal, Bahagian Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara, KPKT.
iii. Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS
- Taklimat Penguatkuasaan oleh JMB/MC oleh PMgr. Nabilah Ajmal binti Amir Kamaludin, Penolong Pegawai Penilaian, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS.
iv. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS
- Taklimat Pengurusan Aduan berkaitan Haiwan Terbiar dalam Kawasan Pemajuan Berstrata oleh Encik Muhamad Ismail bin Gulam Rasul, Pegawai Kesihatan Awam, JPSPPA MPHS.
Perasmian Penutupan Program telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah bin Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor diiringi oleh Puan Nurul Asshima binti Aminullah, Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Pihak Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ( LPHS ) yang merangka program dan menyalurkan dana bagi penganjuran kursus tersebut.
Diharapkan agar penganjuran kursus ini yang bertepatan dengan matlamat Pembangunan Mampan SDG 4: Pendidikan Berkualiti akan dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan seterusnya akan dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan di peringkat JMB/MC/Ejen Pengurusan dalam kawasan pentadbiran Hulu Selangor.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 28 September 2026, 04:52:23.
Jumlah Pelawat :
01376420

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015