Lawatan Bersama Ahli Majlis Kawasan dan YDP atas Aduan yang diterima daripada Orang Awam

LAWATAN BERSAMA AM KAWASAN DAN YDP ATAS ADUAN YANG DITERIMA DARIPADA ORANG AWAM

Hulu Yam Bharu, 28 Februari 2026. Satu lawatan telah dijalankan bagi meninjau isu pengurusan sampah di kawasan Hulu Yam dan Batang Kali susulan aduan yang diterima.

Untuk makluman, keseluruhan kawasan Pekan Hulu Yam telah dilaksanakan kutipan secara door to door dan setiap pemilik premis perlu menyediakan tong sampah bagi memudahkan proses kutipan. Bagi kawasan yang tidak dapat diakses lori, tong sampah berpusat telah disediakan.

Isu pembuangan sampah haram di laluan ke Genting (tanah persendirian) turut dibincangkan. Notis penutupan pernah dikeluarkan namun laluan tersebut telah diceroboh semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Lawatan turut dibuat ke tong berpusat Kg Genting Malek dan kekerapan kutipan telah ditingkatkan daripada 3 kali seminggu kepada 7 kali seminggu bagi memastikan kebersihan kawasan sentiasa terpelihara.

Kerjasama semua pihak amat dihargai demi persekitaran yang lebih bersih dan teratur.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 02 Mac 2026, 08:12:17.
Jumlah Pelawat :
01200842

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015