Lawatan Kerja Y.B. Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor ke Loji Hidrokuasa Kecil Batang Kali

LAWATAN KERJA Y.B. TUAN NG SZE HAN, EXCO PELABURAN, PERDAGANGAN DAN MOBILITI NEGERI SELANGOR KE LOJI HIDROKUASA KECIL BATANG KALI

Batang Kali, 20 Jun 2026 – Y.B. Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Loji Hidrokuasa Kecil Batang Kali. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat operasi keseluruhan loji yang dimiliki oleh Worldwide Hydro Energy Sdn. Bhd.

Turut sama dalam lawatan ini ialah YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin (Yang Dipertua MPHS), Y.B. Puan Pang Sock Tao (ADUN Kuala Kubu Bharu), Encik Law Say Hin dan Encik Eng Teck Ming (Ahli Majlis MPHS), serta wakil dari Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kawalan Bangunan, dan Jabatan Kejuruteraan MPHS.

Rombongan telah diberi taklimat mengenai operasi loji dan perancangan masa depan pihak Worldwide Energy daripada Encik Alif Shah, Pengarah Eksekutif Worldwide Energy. Beliau seterusnya membawa rombongan melihat muka sauk (intake) di Sungai Kedondong dan Sungai Batang Kali, dan Stesen Janakuasa.

Pengoperasian Loji Hidrokuasa Kecil ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor di bawah inisiatif Selangor Agenda for Green Economy (SAGE).

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 10 Julai 2026, 09:50:16.
Jumlah Pelawat :
01282460

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015