Lawatan Tapak Bersama Ahli Majlis Zon 16 di Pasar Awam Serendah

LAWATAN TAPAK BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 16 DI PASAR AWAM SERENDAH

Serendah, 28 Januari 2026 – Satu lawatan tapak ke Pasar Awam Serendah telah dijalankan bersama Tn. Aylwin Chan Wai Tuck, Ahli Majlis Zon 16, Pn. Sharifah Binti Atan selaku Pengarah Kejuruteraan, wakil pegawai kejuruteraan, wakil JPPH serta wakil peniaga. Lawatan ini bertujuan meninjau dan menilai beberapa isu berbangkit di pasar berkenaan.

Bagi isu tandas yang dilaporkan berkunci, pihak Infra memaklumkan bahawa tandas sedang dalam peringkat naik taraf sejak November 2025 dan serahan kepada IK telah dibuat pada 16 Januari 2026. IK menyatakan tandas dibuka pada waktu pagi hingga tengah hari, namun pada masa lawatan ia masih ditutup kerana menunggu lantikan kontraktor pembersihan.

Mengenai longkang rosak, pihak Infra menjelaskan bahawa longkang berkenaan bukan di bawah seliaan Majlis kerana tanah tersebut merupakan rezab pengangkutan dan milik MAIS. Pembaikan hanya akan dilaksanakan di kawasan pasar sahaja dan tidak menyeluruh. Bagi utiliti air dan elektrik, pemasangan meter individu bagi air sedang dalam peringkat pelaksanaan dan menunggu kelulusan daripada Air Selangor HQ, manakala pemasangan meter elektrik telah siap dan surat makluman telah dikeluarkan oleh JPPH kepada peniaga untuk tujuan permohonan dengan pihak TNB.

Isu pengurusan sampah turut dibincangkan, di mana IK akan melakukan pemantauan semula dan kemungkinan meletakkan tong sampah di kawasan pasar bagi mengelakkan orang luar membuang sampah di hadapan pintu pasar. Sementara itu, isu penjaja haram telah dipanjangkan kepada pihak penguatkuasa untuk tindakan lanjut.

Sepanjang lawatan, sesi perbincangan dan pemeriksaan tapak dijalankan dengan semua pihak bersetuju untuk memantau perkembangan isu-isu tersebut bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kelancaran operasi di Pasar Awam Serendah.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2026

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 29 Januari 2026, 04:50:36.
Jumlah Pelawat :
01170688

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015