Lawatan Tapak dan Kaji Selidik bagi Cadangan Pengkelasan Kawasan Perindustrian Hulu Selangor

Hulu Selangor, 14 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Perancang Bandar telah melaksanakan Lawatan Tapak dan Kaji Selidik bagi Cadangan Pengkelasan Kawasan Perindustrian di Daerah Hulu Selangor, yang diselaraskan oleh Invest Selangor Berhad.
Lawatan ini diketuai oleh TPr Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar merangkap Pegawai Pelaburan Hulu Selangor, dengan penyertaan daripada PLANMalaysia@Selangor, Telekom Malaysia Berhad (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), SmartSel Sdn. Bhd. (SmartSel) serta jabatan-jabatan dalaman MPHS.
Lawatan ini melibatkan Kawasan Perindustrian Jalan Kamunting, Bukit Sentosa, Kawasan Perindustrian Anugerah Suria, Sungai Choh dan Kawasan Perindustrian Hulu Yam Lama. Setiap kawasan telah dinilai berdasarkan garis panduan pengkelasan yang merangkumi aspek kemudahan infrastruktur, utiliti, aksesibiliti, pembangunan serta persekitaran kawasan perindustrian.
Pelaksanaan pengkelasan kawasan perindustrian ini amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, terancang dan efisien dari segi pengurusan. Inisiatif ini turut menyokong usaha menarik lebih banyak pelaburan ke Negeri Selangor, sekali gus meningkatkan daya saing kawasan perindustrian serta memperkukuh imej Daerah Hulu Selangor sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 16 Julai 2026, 01:38:32.
Jumlah Pelawat :
01306296

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015