MAJLIS BACAAN YASIN BULANAN WARGA KERJA MPHS TAHUN 2026
MPHS, 10 April 2026 (Jumaat) bersamaan 21 Syawal 1447H. Majlis Bacaan Yasin warga kerja MPHS telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Chiling MPHS pada pagi ini.
Majlis Bacaan Yasin telah diketuai oleh Encik Ahmad Amiruddin Solehin bin Mohammad dari Jabatan Kejuruteraan dengan dihadiri kakitangan MPHS. Hadir sama YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS, Tuan Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Khidmat Pengurusan, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian, Ketua Unit MPHS.
Puan Yang Dipertua berharap agar pelaksanaan program bacaan Yasin yang bersifat kerohanian ini dapat memberi semangat serta segala urusan kerja harian warga MPHS dipermudahkan. Beliau juga menyeru seluruh warga kerja MPHS agar mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian di negara ini.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















