MAJLIS BERBUKA PUASA IFTAR RAMADAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR TAHUN 2026.
Kuala Kubu Bharu, 13 Mac 2026, Jumaat. Majlis Berbuka Puasa Iftar Ramadan MPHS pada tahun 2026 telah diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu dengan penuh harmoni dan semangat kekeluargaan bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah sebagai platform memperkukuhkan hubungan silaturahim antara warga MPHS dengan kariah Kuala Kubu Bharu.
Majlis telah dimulakan dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Adam bin Ab Rashid, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pengurus Masjid Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu dan seterusnya majlis berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang telah disediakan. Majlis diteruskan dengan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Terawih.
Majlis dihadiri oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama YAD Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor, Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor dan Ketua Whip, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian/ Unit serta warga kerja MPHS.
Pihak MPHS turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu atas kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis tersebut.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















