Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor Tahun 2026 (Siri 1)

MAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA BERSAMA RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR TAHUN 2026 (SIRI 1)

Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor Tahun 2026 (Siri 1) telah berlangsung pada 18 Oktober 2026 di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang. DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor diiringi DYTM Raja Muda Selangor serta YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz telah berkenan mencemar duli bagi bersama-sama dengan rakyat dari daerah Klang, Petaling, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.
Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua-ketua Jabatan Negeri Selangor, YBrs Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Penolong Setiausaha MPHS, Pengarah-pengarah Jabatan MPHS dan warga kerja MPHS.
Penganjuran majlis ini dapat merapatkan silaturrahim antara Institusi Diraja dan rakyat pelbagai kaum di Negeri Selangor. Majlis turut diserikan dengan jamuan santapan serta persembahan oleh Kombo MBDK.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 19 Oktober 2026, 08:04:42.
Jumlah Pelawat :
01391771

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015