Majlis pelancaran Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC) SIDINA

PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU ADTREC SIDINA MULA BEROPERASI SEPENUHNYA DI KAMPUNG ORANG ASLI TUN ABDUL RAZAK, KUALA KUBU BHARU
KUALA KUBU BHARU, 27 Jun 2026 – Majlis pelancaran Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC) SIDINA telah berlangsung dengan jayanya, menandakan pembukaan rasmi pusat tersebut yang kini beroperasi sepenuhnya di Kampung Orang Asli, Tun Abdul Razak, Kuala Kubu Bharu.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Mohd Shahril bin Ramli, pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA). Turut hadir, En Muhamad Ismail bin Gulam Rasul, Pegawai Kesihatan Persekitaran MPHS, En. Nadzeman bin Mohd Nor, pegawai JAKOA Hulu Selangor, Pn. Thilageswary a/p Muniandi , Ahli Majlis Zon 8, Pn. Siti Hafidah bt Md Hamami, Penolong Pegawai PPD Hulu Selangor, En Samsudin bin Ahmad, guru besar SK Tun Abdul Razak, En. Zulfadly bin Zolkafli, Eksekutif Media Selangor, En. A. Mizan bin Silai, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Tun Razak, En Rashdan Rashid, setiausaha Sekretariat Sumber Manusia dan Jalinan NGO PEMADAM Kebangsaan, dan sukarelawan Fakulti Alam Bina Universiti Malaya serta komuniti setempat
Inisiatif ini merupakan hasil kejayaan permohonan Geran Sejati MADANI oleh JPKK Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak. ADTREC SIDINA memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mengitar semula barangan dengan lebih mudah dan efisien, di samping membantu mengurangkan sisa, menjana pendapatan sampingan, serta memupuk budaya kelestarian dan kesedaran alam sekitar.
Taklimat mengenai tatacara menggunakan ADTREC serta aplikasi Trash4Cash telah disampaikan oleh Cik Dina Shafreena binti Mhd Shaiful Anuar, merangkumi kaedah pengasingan sisa kitar semula, jenis barangan yang diterima serta proses pencetakan kod QR, penebusan ganjaran secara digital bagi menggalakkan penyertaan berterusan dalam kalangan penduduk setempat.
Usaha ini bukan sahaja memudahkan penduduk melaksanakan tanggungjawab kepada alam sekitar, malah turut memberi impak positif dari segi kesedaran, kerjasama komuniti, dan kelestarian bumi pada jangka masa yang panjang. Diharapkan inisiatif sebegini dapat diperluaskan ke lebih banyak kawasan sebagai langkah proaktif menuju bandar yang lebih lestari

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 10 Julai 2026, 09:50:16.
Jumlah Pelawat :
01292787

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015