Majlis Penyampaian Hadiah Program Selangor King of Mountain (SKOM) 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SELANGOR KING OF MOUNTAIN (SKOM) 2026

Bukit Fraser | 13 September 2026

Kemuncak penganjuran Selangor King of Mountain (SKOM) 2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Bukit Fraser, lokasi penamat kayuhan Raja Bukit Selangor, sebuah kayuhan mendaki ikonik sejauh 40 kilometer yang menjadi cabaran utama para pelumba.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, bersama Yang Berusaha Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor serta Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor.
Turut hadir Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor; Yang Berusaha Tuan Haji Yuhanas Auree bin Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor; Supt. Manimaran Muniandi, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor; Ts. Ahmad Faris bin Mohd Ghazali, Jurutera Daerah JKR Hulu Selangor; serta Puan Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn. Bhd., bersama ketua-ketua jabatan, agensi dan para jemputan.
Sebanyak 9 kategori telah dipertandingkan melibatkan pelumba tempatan dan antarabangsa iaitu:
• Men’s Elite
• Men’s Open
• Men’s Master
• Men’s Senior Master
• Men’s Junior Master
• Women’s Open
• Women’s Master
• Women’s Senior Master
• Women’s Junior Master

Bagi gelaran King dan Queen of the Mountain 2026, ia telah menjadi milik:
- King of the Mountain 2026
Lee Chin Long (Lelaki)
Masa catatan: 1 jam 13 minit 32 saat

- Queen of the Mountain 2026
Yeong Zhen Yi (Wanita)
Masa catatan: 1 jam 22 minit 34 saat
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mempamerkan semangat kesukanan, ketabahan serta prestasi cemerlang sepanjang kejohanan ini.

Sembah takzim dan menjunjung kasih kepada DYTM Raja Muda Selangor atas kesudian mencemar duli berangkat hadir serta menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Selangor King of Mountain & Queen of Mountain 2026.

Keberangkatan DYTM amat bermakna dalam menyemarakkan pembangunan sukan dan pelancongan sukan di daerah Hulu Selangor khususnya serta Negeri Selangor amnya.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 15 September 2026, 01:56:40.
Jumlah Pelawat :
01366977

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015