Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Selangor (HPPKS) 2026

HULU SELANGOR MEMERIAHKAN HPPKS 2026

Dataran Kemerdekaan Shah Alam, 15 November 2026 - Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Selangor (HPPKS) 2026.

Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, dan turut menghimpunkan penyertaan usahawan daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Negeri Selangor.

Daerah Hulu Selangor turut tidak ketinggalan mencuri perhatian dengan penyertaan tiga usahawan tempatan yang membawa keunikan dan produk masing-masing, iaitu:
  • Warung Kita by D'Faqih
  • Forty4k
  • Oyen Juice
Turut hadir memberikan sokongan ialah Puan Julaihah binti Jamaluddin, Yang Dipertua MPHS dan Encik Kamaruzzaman bin Badul Rahman, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPHS, bersama-sama barisan staf sokongan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan.

Pelbagai pengisian menarik turut memeriahkan sambutan, termasuk persembahan artis jemputan seperti Zamani Slam yang menghiburkan para pengunjung, Jualan Rahmah serta pelbagai aktiviti mesra keluarga.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang, jaringan dan kerjasama dalam mengembangkan potensi usahawan tempatan. Terus maju, terus berdaya saing!

Usahawan Hulu Selangor, terus melangkah ke hadapan!

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 16 November 2026, 08:51:24.
Jumlah Pelawat :
01412825

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015