Majlis Sambutan Hari Wanita 2026 Peringkat MPHS

PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA 2026 PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

KUALA KUBU BHARU, 9 Mac 2026 – Majlis Sambutan Hari Wanita 2026 Peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan dan ANULAE Cawangan MPHS telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu. Program yang dianjurkan bagi menghargai peranan wanita ini, telah berjaya menghimpunkan hampir semua warga kerja wanita MPHS bersama tetamu jemputan dalam suasana penuh inspirasi.

Majlis diserikan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan peranan wanita sebagai tonggak kekuatan dalam organisasi, selain mengiktiraf sumbangan besar golongan wanita dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Sebagai tanda penghargaan, majlis turut menyaksikan penyampaian cenderamata kepada Puan Saripah binti Bakar, Ahli Majlis MPHS serta Ketua-ketua Jabatan MPHS.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu bertajuk “Wanita Hebat – Bangkit Dengan Harapan, Melangkah Dengan Keyakinan” yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai DrFie. Perkongsian yang penuh inspirasi ini memberi suntikan motivasi kepada para peserta agar terus membina keyakinan diri, mengembangkan potensi serta berani menghadapi cabaran dalam kehidupan dan kerjaya.

Adalah diharapkan agar sambutan seperti ini akan terus menjadi platform dalam menghargai, memperkasakan dan menginspirasikan wanita khususnya dalam kalangan warga kerja MPHS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01206854

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015