Mesyuarat Kick-Off Projek Pembangunan Sistem MyPATIL MPHS

MESYUARAT KICK-OFF PROJEK PEMBANGUNAN SISTEM MyPATIL MPHS

25 November 2026, Kuala Kubu Bharu - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Mesyuarat Kick-Off Projek Pembangunan Sistem MyPATIL MPHS yang memfokuskan berkaitan pelaksanaan projek.
Sesi ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Usahawan, Encik Kamaruzzaman bin Abd Rahman serta pengarah dan wakil Jabatan yang berkaitan.
Mesyuarat turut disusuli dengan sesi pembentangan dan penerangan oleh Dr. Muhammad Razib bin Othman, Pengarah Projek MyPATIL, serta wakil daripada pihak syarikat yang memberikan penjelasan berhubung skop projek, jadual pelaksanaan, strategi pelaksanaan serta perkara-perkara berkaitan bagi memastikan pembangunan sistem ini dapat dilaksanakan secara terancang dan sistematik.
Pembangunan Sistem MyPATIL merupakan satu inisiatif pendigitalan perkhidmatan pelesenan MPHS yang bertujuan memperkemas proses pengurusan lesen perniagaan melalui penggunaan teknologi digital. Sistem ini dijangka dapat memudahkan urusan pemegang lesen, termasuk akses kepada maklumat lesen, semakan status serta pengurusan permohonan dan pembaharuan lesen secara lebih mudah, pantas dan efisien.
Melalui pelaksanaan MyPATIL, MPHS berharap agar pemegang lesen di seluruh daerah Hulu Selangor dapat bersedia untuk beralih kepada penggunaan sistem digital ini sebagai salah satu usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, mengurangkan kebergantungan kepada urusan secara manual serta memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih mesra pengguna.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 26 November 2026, 02:00:46.
Jumlah Pelawat :
01423282

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015