MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) BILANGAN 10/2026.
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2026, Selasa. Mesyuarat MPHS Bil. 10/2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua, YAD Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor, Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor bersama barisan Ketua Whip, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian/ Unit MPHS.
Terdapat sembilan (9) Minit Mesyuarat Jawatankuasa telah disahkan dan diambil maklum dalam Mesyuarat Penuh Majlis tersebut.
Ucapan penangguhan pula telah disampaikan oleh Tuan Fuad bin Ahmad Naravi, Ahli Majlis zon 19 dan mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.50 tengah hari.
















