MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) BILANGAN 2/2026.
MPHS, 25 Februari 2026, Rabu. Mesyuarat MPHS Bil. 2/2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir Tuan Shaiful Rezza bin Haji Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha, YAD Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor, Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor bersama barisan Ketua Whip, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian/ Unit MPHS.
Terdapat sembilan (9) Minit Mesyuarat Jawatankuasa telah dibentangkan serta satu (1) kertas kerja dibincangkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis tersebut.
Ucapan penangguhan pula telah disampaikan oleh Tuan Mohamad Faridul Amini bin Suhaimi, Ahli Majlis Zon 18 dan mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















