MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) BILANGAN 7/2026.
MPHS, 28 Julai 2026, Selasa. Mesyuarat MPHS Bilangan 7/2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua, YAD Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor, Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor bersama barisan Ketua Whip, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian/ Unit MPHS.
Terdapat lima (5) Minit Mesyuarat Jawatankuasa telah dibentangkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis bilangan 7/2026 tersebut.
Hadir sama pada mesyuarat hari ini ialah YB Puan Pang Sock Tao, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu selaku pemerhati.
Ucapan penangguhan pula telah disampaikan oleh Tuan Law Say Hin, Ahli Majlis zon 12 dan mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 11.10 pagi.
















