MPHS Menerima Lawatan Sambil Belajar dari Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)

MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) MENERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (MBDK)

Kuala Kubu Bharu, 27 April 2026 – Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima lawatan sambil belajar dari Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Delegasi lawatan ini diketuai oleh Pengarah Jabatan Bangunan, MBDK iaitu Cik Haslinda binti Mohd Rantam bersama kakitangan Jabatan Bangunan, MBDK. Delegasi tersebut telah disambut oleh En Md Rizal bin Mohd Sofian @ Abd Karim, Pengarah Jabatan Bangunan beserta kakitangan Jabatan Bangunan, MPHS yang lain. Lawatan ini bertujuan sebagai penanda aras serta platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan garis panduan dan tatacara perobohan struktur menara telekomunikasi dan proses kerja untuk tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Bangunan.

Sebelum sesi taklimat perkongsian ilmu diadakan, delegasi MBDK telah dibawa melawat beberapa lokasi tarikan di sekitar Kawasan Daerah Hulu Selangor, antaranya Dataran Warisan KKB, mural di lorong belakang Jalan Dato Tabal, aktiviti paragliding di Taman Tasik Milenium dan Rumah Hutan,Batang Kali. Selain itu, delegasi juga dibawa melihat beberapa projek di bawah seliaan Jabatan Bangunan, MPHS iaitu gerai Majlis 10 pintu dan projek Dewan Banquet di Taman Tasik Milenium.

Pada sesi taklimat, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, iaitu Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor turut hadir serta mengalu-alukan kehadiran rombongan delegasi MBDK dan beliau turut serta dalam sesi taklimat perkongsian ilmu tersebut yang telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Bangunan, Encik Md. Rizal Bin Mohd Sofian @ Abd Karim. Beliau merakamkan penghargaan atas lawatan tersebut serta berkongsi maklumat berkaitan garis panduan yang diguna pakai oleh MPHS, khususnya dalam aspek perobohan struktur telekomunikasi dan tatacara permulaan kerja-kerja perobohan.

Diharapkan dengan perkongsian ilmu daripada pihak MPHS ini dapat membantu dan memberikan pengetahuan baharu kepada delegasi Jabatan Bangunan, MBDK berkaitan garis panduan dan tatacara perobohan struktur menara telekomunikasi dan proses kerja untuk tindakan penguatkuasaan

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#IniSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitSelangor2026
#VisitMalaysia2026
#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01244477

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015