MPHS Terima Dua Pengiktirafan pada Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2025

MPHS TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN PADA MAJLIS PENGIKTIRAFAN REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) 2025
 
PUTRAJAYA, 29 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima dua pengiktirafan pada Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, diadakan bagi menghargai kejayaan pelaksanaan projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2025 yang telah menyumbang kepada pengurangan beban peraturan, di samping meningkatkan kecekapan, produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
Dalam majlis tersebut, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor turut menerima pengiktirafan atas kecemerlangan pelaksanaan agenda Reformasi Kerenah Birokrasi. Pengiktirafan tersebut telah diterima oleh YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, bagi mewakili PBT-PBT di negeri ini.
MPHS turut menyumbang kepada kejayaan tersebut apabila berjaya tersenarai sebagai penerima Kategori Penghargaan Khas serta Kategori Projek Berpotensi Tinggi, sekali gus membuktikan komitmen berterusan majlis dalam melaksanakan inisiatif penambahbaikan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan yang berimpak tinggi.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada MPHS untuk terus memperkukuh agenda reformasi birokrasi melalui pelaksanaan tadbir urus yang lebih cekap, inovatif dan berintegriti, selaras dengan aspirasi kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan awam yang pantas, berkesan serta berorientasikan rakyat.
Turut hadir, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS ; TPr.Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar ; Puan Junainah binti Abdullah, Ketua Bahagian Korporat dan Encik Mohd Heiri Helmi Bin Abu Bakar, Penolong Pegawai Seni Bina .

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 10 Julai 2026, 09:50:16.
Jumlah Pelawat :
01292720

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015