MPHS Terima Serahan Rasmi Dewan Komuniti Saffron daripada Setiatiwi Development

MPHS TERIMA SERAHAN RASMI DEWAN KOMUNITI SAFFRON DARIPADA SETIATIWI DEVELOPMENT

Bukit Sentosa, 17 Januari 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) secara rasminya menerima Dewan Komuniti Saffron, Bukit Sentosa yang telah siap dibangunkan oleh Setiatiwi Development Sdn. Bhd.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Setiatiwi Development Sdn. Bhd., YBhg. Dr. Lee Yuen Pen kepada Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin dengan disaksikan oleh Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan serta Penyelaras DUN Batang Kali, Saifuddin bin Shafi Muhammad.

Dewan Komuniti Saffron yang terletak di kawasan perumahan Taman Saffron ini disediakan sebagai kemudahan awam untuk kegunaan penduduk setempat bagi menjalankan pelbagai aktiviti komuniti dan kemasyarakatan.

Dewan ini dilengkapi dengan kemudahan yang komprehensif termasuk dua (2) gelanggang badminton, pentas, tandas, pejabat pengurusan, bilik persalinan serta kawasan tempat letak kenderaan.

Taman Saffron merupakan antara pembangunan perumahan berskala besar di kawasan Bukit Sentosa yang dibangunkan oleh Setiatiwi Development Sdn. Bhd. Pembangunan ini telah bermula pada tahun 2021, dengan kelulusan pelan pemajuan diperoleh pada tahun 2023.

MPHS telah melaksanakan Dasar Bina dan Serah Kemudahan Awam yang diluluskan pada tahun 2019, bertujuan memastikan setiap pembangunan perumahan berskala tertentu menyediakan kemudahan awam termasuk dewan komuniti. Pelaksanaan dasar ini penting bagi menyokong aktiviti kemasyarakatan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk.

MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Setiatiwi Development Sdn. Bhd. atas komitmen dalam menyiapkan pembinaan Dewan Komuniti Saffron yang berkeluasan kira-kira 2,100 meter persegi. Dengan pematuhan sepenuhnya terhadap syarat yang ditetapkan, Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) telah dikeluarkan pada 12 Disember 2025.

Kemudahan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk Taman Saffron sebagai pusat aktiviti sukan, sosial dan pembangunan komuniti setempat.

Turut hadir Ahli-ahli Majlis , pengarah-pengarah MPHS serta wakil jabatan teknikal Daerah Hulu Selangor.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 19 Januari 2026, 04:29:21.
Jumlah Pelawat :
01159221

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015