Nature Run 2026

NATURE RUN 2026

Kuala Kubu Bharu, 27 September 2026- Program larian rekreasi ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Hospital Kuala Kubu Bharu dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan aktiviti fizikal serta mengeratkan hubungan antara warga hospital dan komuniti setempat.
Mengangkat konsep kesihatan, kecergasan, komuniti dan alam semula jadi, Nature Run 2026 bukan sekadar aktiviti larian, malah menjadi platform untuk masyarakat meluangkan masa secara aktif dalam suasana yang segar dan dekat dengan keindahan alam semula jadi Kuala Kubu Bharu.

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPHS, Puan Julaiha binti Jamaludin, sebelum acara diteruskan dengan pelepasan peserta oleh:
  • Dr. Pok Chiew Fong @ Lydia Pok, Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu
  • Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Timbalan Yang Dipertua MPHS
  • Puan Saripah binti Bakar, Ahli Majlis MPHS Zon 8

Penganjuran Nature Run 2026 diharap dapat terus menyemarakkan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat, di samping memperkukuh semangat kebersamaan antara agensi, warga hospital dan komuniti setempat.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 30 September 2026, 09:32:53.
Jumlah Pelawat :
01378256

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015