Pelancaran Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026–2030

PELANCARAN RANCANGAN SELANGOR KEDUA (RS-2) 2026–2030

SHAH ALAM, 21 Ogos 2026 - YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menghadiri Sesi Pelancaran Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026–2030 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, dengan diiringi oleh Y.B. Tuan Lau Weng San, Speaker Dewan Negeri Selangor, dan Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor, Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri Selangor serta Ketua-Ketua Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Selangor.
Sesi pelancaran ini merupakan satu langkah penting dalam memperkenalkan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026–2030 sebagai kerangka strategik yang menjadi panduan kepada perancangan dan pelaksanaan pembangunan Negeri Selangor bagi tempoh lima tahun akan datang. RS-2 menetapkan hala tuju serta pendekatan pembangunan negeri yang memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi, kemampanan, peningkatan daya saing dan kesejahteraan rakyat.
Pihak Majlis menyambut baik perancangan dan hala tuju yang digariskan dalam RS-2 2026–2030, khususnya dasar dan polisi pembangunan yang berupaya menyokong usaha memperkukuhkan Daerah Hulu Selangor sebagai Hab Pembuatan Pengangkutan. Hala tuju tersebut juga dilihat selaras dengan aspirasi dan strategi pembangunan yang telah digariskan dalam Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035, sekali gus memperkukuhkan peranan Hulu Selangor sebagai salah satu kawasan strategik bagi sektor perindustrian, pembuatan dan rantaian bekalan berkaitan sektor pengangkutan di Negeri Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 26 Ogos 2026, 06:32:35.
Jumlah Pelawat :
01350860

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015